LAPORAN SEMINAR PENINGKATAN EKONOMI MELALUI BIDANG KEUSAHAWANAN
Pada 26 Mac 2017, Kolej Keris Mas telah mengadakan Program Seminar
Peningkatan Sosioekonomi melalui bidang keusahawan. Program tersebut bermula
pada pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang di Bilik Konvensyen Kolej Keris Mas.
Penyertaan tebuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mempelajari mengenai bidang
keusahawanan dengan lebih meluas tanpa bayaran dikenakan.
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengacara Majlis
dan bacaan doa bagi memuliakan majlis yang berlangsung. Kemudian kami mendengar
ucapan alu-aluan daripada YBhg. Prof Madya Sr. Dr. Norngainy Mohd Tawiil iaitu
Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS (CESMED-UKM). Dalam
slot ini, kami mendapat beberapa informasi mengenai kolaborasi CESMED dan UKM.
Ianya telah ditubuhkan pada 2010 untuk membantu usahawan dalam kalangan pelajar
dari pelbagai fakulti dan semua orang awam yang berminat dalam keusahawanan
tetapi tidak tahu bagaimana hendak menceburan diri dalam bidang tersebut. YBhg.
Prof Madya Sr. Dr. Norngainy Mohd Tawil merupakan bekas pelajar UKM dari
Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina. Beliau lahir di Johor dan membesar di Kuala
Lumpur. UKM-CESMED bernaung di bawah timbalan hal ehwal akademik dan telah
meletakkan UKM dinama Teratas dalam melahirkan usahawan. Selain itu, tunas
usahawan bumiputera telah dibangunkan oleh UKM. Tujuannya adalah untuk melatih
pelajar melalui bisness pitching dengan industry. Penyampaian cenderamata teah
diberikan kepada beliau selepas tamat taklimat yang diberikan. Kemudian para
pelajar diberi masa untuk bersarapan sebelum menyambung slot yang seterusnya.
Slot kedua pula taklimat daripada YBhg. Dato Md Salleh Mat Ali
iaitu merupakan Perunding Latihan, Kluster, Kesuarelaan dan Keusahawanan Sosial
(Institut Sosial Malaysia). Matlamat ISM bersama UKM adalah memperkasakan
pengamal sosial dan membentuk satu modal insan yang terbaik. Antara kemudahan
yang disediakan kepada mereka yang menyertai pusat latihan kecermelangan adalah
tempat penginapan dimana setiap bilik mempunyai 4 orang. Pusat latihan
kecemerlangan ISM adalah khusus kepada mereka yang membuat kajian
kesukarelawanan, keusahawanan dan lain-lain. Khusus tersebut adalah terbuka
kepada semua orang awam serta para pelajar.
Slot ketiga, taklimat daripada En. Khairul Azhan bin Ahmat iaitu
Ketua Jabatan Pembangunan Insan dan Ekonomi ( Lembaga Zakat Selangor). Kami
telah didedahkan dengan biasiswa yang diberi oleh Lembaga Zakkat Selangor
kepada pelajar dan cara memohonnya. Beliau juga menceritakan sedikit pengalamam
beliau sepanjang memegang jawatan tersebut.
Slot-slot seterusnya ialah sedikit perkongsian mengenai bidang
keusahawan daripada En. Muhammad Zulfika Md Azmi (Pengarah Urusan Masz Oriherbs
Enterprise), En. Mohammad Azhan bin Zakaria (Pengarah Urusan Mentic Sdn Bhd),
En. Mohd Sabri bin Leman (Pengarah Urusan MS Gigih Enterprise) dan akhir sekali
Puan Fazlinah Arib (Perunding Imej HF Image Training & Consultancy).
Setelah tamat program seminar tersebut, para pelajar diberi makanan
tengah hari dan bersurai. Walaupun sekejap, ilmu dan maklumat yang kami dapat
amat bernilai dan berguna di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment