PROGRAM
KOMUNITI USAHAWAN KPDNKK DAN COCA-COLA
Program tersebut berlangsung pada 13
Mei, Sabtu bertempat di Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Program ini merupakan anjuran pelajar citra Sukarelawan Sosial bersama pihak
KPDNKK serta Coca-Cola kepada semua pelajar UKM serta orang awam yang berminat
dalam perniagaan. Tiada bayaran yang dikenakan malah peserta disediakan sijil,
makanan, goodies bag dan air minuman Coca-Cola secara percuma. Program
berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Saya merupakan pelajar Citra
Sukarelawan Sosial dan terlibat dalam urusetia bahagian tugas-tugas khas.
Pelbagai pengalaman yang saya dapati seperti cara-cara untuk menganjurkan
program dan saya dapat berkenalan dengan rakan baru. Selain itu, kami juga
diberikan taklimat mengenai KPDNKK dan kemudian diteruskan dengan taklimat
daripada pikak Coca-Cola mengenai bidang perniagaan. Kami diajar tentang
bagaimana untuk memulakan perniagaan, lokasi perniagaan yang strategik dan
sebagainya. Kami juga diberi peluang untuk mendaftarkan perniagaan secara
percuma.
Sekiranya saya seorang usahawan,
saya akan menjalankan perniagaan yang dapat membantu masyarakat seperti membuka
kedai serbaguna di kawasan pedalaman. Dengan ini, saya dapat membantu
masyarakat tersebut untuk mendapatkan barang keperluan harian mereka. Selain itu,
saya akan menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat yang menganggur
dengan mengupah mereka bekerja di kedai saya. Seterusnya, 2% daripada
keuntungan yang saya dapati akan saya sumbangkan ke kawasan tersebut dengan
membangunkan sedikit demi sedikit kawasan tersebut.
Melalui program ini, pelbagai ilmu
dan input yang saya dapati dan akan saya manfaat di masa hadapan. Saya berharap
agar pihak kolej dapat menganjurkan pelbagai lagi aktiviti yang menarik minat
pelajar untuk memajukan diri di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment