Thursday, 8 June 2017

PENGALAMAN SEBAGAI ENUMERATOR

UKM Pakarunding telah melantik saya sebagai enumerator bagi Kajian Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.  Saya telah di lantik sebagai enumerator di kawasan melaka iaitu tempat tinggal saya di daerah Melaka Tengah. Para Enumerator dipilih mengikut kawasan tempat tinggal kami.

Tugas kami sebagai enumerator adalah sebagai pembanci data iaitu kami akan mencari orang yang sanggup menyumbang masa mereka untuk mengisi borang soal selidik. kod saya ialah enumerator 7 dan saya diberi tugas untuk mencari seramai 50 orang tempatan  dikalalangan melayu, cina, india dan bukan bumiputera serta 10 orang warga asing di Malaysia. selain itu, kami juga diberi tugas untuk mencari beberapa orang informer dalam kalangan guru, penjawat awam, penari kebangsaan dan seangkatan dengannya. Mereka yang setuju menjadi informer akan dipanggil dan ditanya mengenai beberapa isu di negara kita. 

kebaikan saya menjadi sebahagian daripada enumerator ini ialah saya dapat berhubung dengan ramai orang dan saya menjadi lebih yakin untuk berhadapan dengan orang lain di masa hadapan. 



No comments:

Post a Comment

Pink Bobblehead Bunny