Sunday, 28 May 2017

CYBER ETHICS

DEFINITION - Cyber ethics is the ethics applied to the online environment. The treatment of what is and is not cyber-ethical behavior may vary from place to place. Cyber ethics is a code of behavior for using the internet. One easy way to think about cyber ethics and to address the subjek with children is this: acceptable behavior on the internet is very much the same as acceptable behavior in everyday life.

DO - 1. Use the internet to help you do the assignment.
         2. Use the internet to learn about music, video and games.
         3. Communicate with family and friends.
         4. Encourage other people to use the internet for a good things.

DONT - 1. Don’t copy other people work and call it yours. Do credits to the auther or websites.
               2. Don’t use the internet to download or share copyrighted material.
               3. Don’t communicate with strangers and don’t pretend to be someone else.
               4. Don’t visit the prohibited websites.

PROPERTY -
1.  INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT
The ever-increasing speed of the internet and the emergence of compression technology, such as mp3 opened the doors to Peer-to-peer file sharing, a technology that allowed users to anonymously transfer files to each other, previously seen on programs such as Napster or now seen through communications protocol such as BitTorrent. Much of this, however, was copyrighted music and illegal to transfer to other users. Whether it is ethical to transfer copyrighted media is another question.

2. DIGITAL RIGHT MANAGEMENT
With the introduction of digital rights management software, new issues are raised over whether the subverting of DRM is ethical. Some champion the hackers of DRM as defenders of users' rights, allowing the blind to make audio books of PDFs they receive, allowing people to burn music they have legitimately bought to CD or to transfer it to a new computer. Others see this as nothing but simply a violation of the rights of the intellectual property holders, opening the door to uncompensated use of copyrighted media.

PROGRAM COCA COLA KU

PROGRAM KOMUNITI USAHAWAN KPDNKK DAN COCA-COLA




            Program tersebut berlangsung pada 13 Mei, Sabtu bertempat di Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini merupakan anjuran pelajar citra Sukarelawan Sosial bersama pihak KPDNKK serta Coca-Cola kepada semua pelajar UKM serta orang awam yang berminat dalam perniagaan. Tiada bayaran yang dikenakan malah peserta disediakan sijil, makanan, goodies bag dan air minuman Coca-Cola secara percuma. Program berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
            
         Saya merupakan pelajar Citra Sukarelawan Sosial dan terlibat dalam urusetia bahagian tugas-tugas khas. Pelbagai pengalaman yang saya dapati seperti cara-cara untuk menganjurkan program dan saya dapat berkenalan dengan rakan baru. Selain itu, kami juga diberikan taklimat mengenai KPDNKK dan kemudian diteruskan dengan taklimat daripada pikak Coca-Cola mengenai bidang perniagaan. Kami diajar tentang bagaimana untuk memulakan perniagaan, lokasi perniagaan yang strategik dan sebagainya. Kami juga diberi peluang untuk mendaftarkan perniagaan secara percuma.
           
         Sekiranya saya seorang usahawan, saya akan menjalankan perniagaan yang dapat membantu masyarakat seperti membuka kedai serbaguna di kawasan pedalaman. Dengan ini, saya dapat membantu masyarakat tersebut untuk mendapatkan barang keperluan harian mereka. Selain itu, saya akan menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat yang menganggur dengan mengupah mereka bekerja di kedai saya. Seterusnya, 2% daripada keuntungan yang saya dapati akan saya sumbangkan ke kawasan tersebut dengan membangunkan sedikit demi sedikit kawasan tersebut.

         
         Melalui program ini, pelbagai ilmu dan input yang saya dapati dan akan saya manfaat di masa hadapan. Saya berharap agar pihak kolej dapat menganjurkan pelbagai lagi aktiviti yang menarik minat pelajar untuk memajukan diri di masa hadapan.

Saturday, 13 May 2017

Hubungan Malaysia dan China

            

           Hubungan antara Negara China dan  Malaysia sudah lama wujud  iaitu sebelum permulaan tahun masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117 sebelum Masihi). Semasa pemerintahan Sun Quan (222-252 Masihi), dua orang utusannya telah melawat Funan dan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah  Melayu dan mengadakan hubungan diplomatik dengan mereka.
            Hubungan Malaysia dan Negara China lebih merujuk kepada hubungan dua hala, tetapi terdapat juga banyak  masyarakat Cina di Malaysia menetapkan banyak kredit untuk Revolusi dan Perang Penentangan. Selepas kemerdakaan,  Malaya ketika itu enggan mengiktiraf  Republik Rakyat China. Setelah itu Malaya menjalinkan hubungan diplomatik dengan Republik China. Beijing berkuasa sebelum penubuhan hubungan diplomatik dengan Malaysia iaitu  pada 31 Mei 1974 dan mula menghantar duta besar yang istimewa dan mutlak ke Malaysia. Ini adalah hubungan diplomatik yang kedua dijalankan antara Negara-negara ASEAN  dan Republik Rakyat China.
            Sejak abad pertama, telah wujud jalam maritime antara China dan India. Ketika itu, Smenenajung Tanah Melayu dan Selat Melaka menjadi laluan dan tempat persinggahan mereka. Nama ‘Duyuan’ sebenarnya ialah Duyung di Terengganu. Banyak seramik Dinasti Qin (221 sebelum Masihi) dan Dinasti Han (206SM-220SM) Chiina ditemui di Lembah Sungai Johor. Ini adalah bukti jelas hubungan Malaysia dengan Cina sekitar abad pertama. Sejarawan K.G.Tregonning dalam bukunya Malaysian Historical Sources (Singapore, 1965, m2) dan The Encyclopedia Americana (Edisi:8, 1963, m.164) menyatakan Semenanjung Tanah Melayu merupakan persinggahan terbaik bagi perdagangan China-India .
            Pada abad ke-3, Empayar Wu (222-280) di China telah mengirim Shun Quan dan Zhu Ying ke Tantalam,Pu Luo zhong dan Wu Wen di sekitar lembah Johor. Pada abad ke 5 dan 7,Utusan empayar-empayar terletak di Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak pernah melawat China. Abad ke 7, Maharaja China Dinasti sui mengirim Chang Jun dan wang Jun ke Empayar Chi Tu di timur laut Semenanjung Tanah Melayu. Sebanyak 30 kapal Chi Tu sampai ke sana. Maharaja Chi Tu mengarahkan putera mahkotanya turut ke China sebagai kunjungan balas.
Menurut yang ditulis oleh Zhang Xie (1574-1640) Dinasti Ming menyatakan penduduk di Kelantan tidak memakai seramik melainkan anyaman buluh atau daun sebagai pinggan untuk makan. Rumah penduduk Johor pula telah menggunakan pinggan seramik yang diimport dari Dinasti Ming. Pada 1954, 33 seramik  China telah ditemui hasil keluaran Jiingdezhen. Bahan seramik (tanah liat) dari Sarawak dan Sabah digunakan dalam membuat seramik berwarna biru dan putih di Jingdezhen.
Hal  ini menunjukkan  hubungan antara Malaysia dan China telah terjalin sejak zaman dahulu lagi membuktikan lagi komunikasi antara Negara Malaysia dan China telah berlaku.
Hubungan diplomatik antara China dan Malaysia juga wujud semasa zaman pentadbiran empat  Perdana Menteri Malaysia iaitu semasa pentadiran Tun Abdul Razak, Tun Dr Mahathir Mohammad, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Semasa era Tun Abdul Razak iaitu pada bulan Mei 1971, Pengerusi PernasTengku Razaleigh Hamzah mengetuai rombongan perdagangan Malaysia menyertai Ekspo Perdagangan Guangzhou. Perdana Menteri ChinaZhou Enlai dan Naib Perdana Menteri, Li Xiannian telah mengadakan pertemuan dengan ahli rombongan Malaysia .Turut serta ialah Abdullah Majid.Republik Rakyat China mengutus rombongan pertama ke Malaysia pada bulan Ogos - 27 Ogos 1971. Ini menandakan China telah mengubah pendirian lamanya dan mengiktiraf kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat. Dalam perhimpungan agung PBB Oktober t1971, Malaysia menyokong pemulihan kerusi Republik Rakyat China di PBB. Pada 28 Mei - 2 Jun 1974, rombongan Perdana Menteri MalaysiaTun Abdul Razak berkunjung ke Beijingdan disambut oleh Zhou EnlaiPerdana Menteri Republik Rakyat China.Pengarusi Mao Zedong juga mengadakan pertemuan dengan Tun Abdul Razak. Zhou Enlai dan Tun Abdul Razak menandatangani Pengumuman Bersama Penjalinan Hubungan Diplomatik China-Malaysia pada 31 Mei 1974. Penggerak hubungan diplomatik itu ialah Tan Sri Michael Chen dan Abdullah Ahmad.Sejak itu, pemimpin China melawat Malaysia .Antaranya ialah Deng Xiao PingJiang ZeminLi PengZu Rongji dan Hua Jintao. Perdana Menteri Li Peng berkunjung semula ke Broga kerana semasa mudanya beliau pernah bekerja di Broga.Tun Abdul RazakTun Hussein Onn, Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi pernah melawat negara China. Tun Dr Mahathir melawat China sebanyak 7 kali.
Bagi Tun Dr Mahathir 'ancaman China' tidaklah sebesar mana berbanding ancaman dari Barat terutama kuasa unipolar Amerika Syarikat(The International Chinese Newsweekly Asian Weeks, 10-16 Mac 1999, p.25). Sesungguhnya China tidak bercita-cita menceroboh dan China cintakan damai. Malaysia dan China tidak gemar cara Barat mengwar-warkan hak asasi manusia untuk menekan negara lemah. China ditekan berikutan tragedi berdarah di Dataran Tiananmen.Perdana Menteri ChinaZhu Rongji menyatakan hubungan diplomatik 25 tahun Malaysia-China (1974-1999) cukup bermakna kerana keamanan di sebelah Asia Timur dan Asia Tenggara cukup terasa. Ucapan itu diberikan semasa kunjungan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, ke Beijing pada Ogos 1999. Dr Mahathir telah bergambar di Tembok Besar China bersama Lee Lam Thye dan lain-lain.Sejak 1985 terdapat 10 perjanjian persefahaman (MOU} dalam bidang ekonomipendidikanteknologi sains dan sukan.Sehingga Jun 1999 jumlah perdagangan China-Malaysia ialah 15 bilion ringgit (di antaranya nilai eksport Malaysia ke China lebih besar daripada nilai eksport China ke Malaysia).[5]
Pada 16 September 2003, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadiri Forum perniagaan Malaysia-China. Abdullah menyatakan kejayaan China bukanlah cabaran bagi Malaysia. Hubungan dua negara saling lengkap-melengkapi. Lawatan Abdullah ke China pada 31 Mei 2004, sebanyak 28 memorandum persefahaman (MOU) telah ditandatangani. Ia termasuk bidang pertanian, penerbangan, perkapalan, tenaga, kewangan, buruh, sains dan teknologi, angkasa lepas, kebudayaan, pendidikan dan kesihatan umum.
Yang terakhir semasa era Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau pernah melawat China sebanyak dua kali ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri. Pada 3 Jun 2009, rombongan Perdana Menteri Malaysia itu bertemu dengan Presiden China Hu Jintao dan Perdana Menteri China Wen Jiabao. Beliau menerima anugerah Ijazah Doktor Kehormat Hubungan Antarabangsa daripada Beijing Foreign Studies University (BFSU) sebagai lambang keakraban hubungan atau persahabatan antara Malaysia dan China. Kira-kira 60 penuntut dari negara China di BFSU yang mempelajari Bahasa Melayu dan 36 pelajar Malaysia yang mempelajari Bahasa Mandarin di BFSU. 40 penuntut Kajian Melayu BFSU menyanyikan lagu "Jalur Gemilang" dan pelajar Malaysia di BFSU menyanyikan lagu "Beijing Hwanying Nie" atau "Beijing Mengalu-alukan Kedatangan Mu".Anak bongsu Najib mempelajari Bahasa Mandarin di Georgetown University di Washington DC.Rombongan 35 anggota disertai oleh Datin Seri Rosmah Mansor, dan bondanya, Tun Rahah Mohammad Noah. Turut hadir ialah Prof Hao Ping, Timbalan Menteri Pendidikan China merangkap Presiden BFSU.Puan Gu Xiu Lian, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap bagi Kongres Rakyat Kebangsaan ke-10 dan Presiden Persatuan China-Asean, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Luar Datuk Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon serta pemimpin perniagaan dan usahawan-usahawan Malaysia.
Pink Bobblehead Bunny