Saya merupakan pelajar aliran sains di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka. Setelah tamat pengajian di sekolah menengah saya memilih untuk menyambung pengajian di Matrikulasi Melaka sesi 2016/2017 dan mengambil aliran Perakaunan. Pada mulanya, saya fikir saya akan gagal, namun semangat dari pensyarah-pensyarah membuatkan saya terus bangkit.
Matrikulasi Melaka terletak di kawasan kampung Londang, Masjid Tanah. Walaupun jauh dari bandar terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan. Matrik Melaka merupakan Matrik tertua. Saya akan kongsikan pelbagai pengalaman saya sepanjang di KMM.
Okay yang pertama sekali ialah Roomates. Di KMM setiap pelajar di letakkan dalam satu bilik seramai 4 orang maksimun. Bilik saya ialah di Blok B 327. Antara roomates saya ialah Fatin, Nadzirah dan Husna. Husna merupakan sahabat saya di sekolah menengah. hahhahahahha. Saya pun terkejut macam mana boleh satu bilik. Bilik saya merupakan bilik yang paling meriah di aras kami. Kami rapat antara satu sama lain. kami selalu menyakat antara satu sama lain dan yang paling penting saya amat rindu untuk satu bilik dengan mereka lagi. Namun apakan daya, masing-masing telah menyambung pengajian di tempat berlainan.
Selain itu, Kelas A3P2 yang tersayang. kelas ni memang ngam dan kelakar habes. Kelas kami seramai 19 orang tapi lelaki cuma 4 orang sahaja. hahahha tp lelaki tu sume awal awal je nampak baik alim. bile da kenal lawak giler.
eh lupa nak sebut nama nama ni. Nurin, Bella, Aina, Fatehah, Safira. mereka laa yang paling saya rapat dan sayang lebih. hahha mesti kene bahan kalau dorang baca.
okaylah. sampai sini je saya coretkan. yang baik jadikan sempadan. tata