Friday, 31 March 2017
MINI PUBLIC LECTURE
Pelajar Keusahawanan Dan Inovasi telah menghadiri satu talimat bersama Encik Mohammad Yusro bin Zainuddin bekerja di Ministry Of Finance Malaysian sebagai Diplomatic and Administrative Officer. Beliau berumur 32 tahun dan telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki dan seorang lagi bakal lahir pada bulan April ini. Beliau seorang yang berlatar belakangkan ekonomi dan pernah menjadi tenaga pensyarah iaitu sebagai pembantu pensyarah untuk mengajar dalam subjek mikroekonomi dan makroeknomi.
Kedatangan beliau ke UKM kali ini adalah untuk berkongsi pengalaman bekerja beliau dalam bidang ekonomi di sektor kerajaan. pelbagai info-info baru yang sangat membantu yang kami dapat daripada beliau.
Beliau juga seorang yang sangat sporting. beliau turut bercerita mengenai zaman belajar di sekolah menengah. Beliau merupakan bekas pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD).
BICARA PERDANA NAIB CANSELORI 2017
Pada 30 Mac 2017, kami telah menghadiri satu program Bicara Perdana VC bersama naib canselori iaitu Prof Datuk Dr Noor Azlan, bertempat di Dewan Canselori Tun Abdul Razak.
Beliau bercakap mengenai dinamik perubahan dimana kita hendaklah sentiasa menggalakkan perubahan, berusaha untuk maju dan sentiasa menerima perubahan. Selain itu, kita hendaklah mencabar kelaziman dalam pelbagai cara untuk sebarang perubahan. Selagi ada perasaan takut dalam diri, perubahan tidak akan wujud. Seterusnya, kita hendaklah berani berhadapan dengan masyarakat yang terlalu memilih.
Beliau juga telah menjemput seorang lelaki yang pernah menderma kepada UKM sewaktu beliau berumur 12 tahun. Beliau telah menderma sebanyak RM1 untuk menubuhkan UKM. Jadi Prof Datuk Dr Noor Azlan telah menjemput beliau dan berkongsi mengapa beliau hendak menderma kepada UKM.
Pelbagai lagi kata-kata semangat yang kami terima daripada Naib Canselori kami untuk memajukan diri kami kearah yang lebih baik.
Wednesday, 29 March 2017
PERTANDINGAN PERSEMBAHAN SENI
Selepas pertandingan
Pada 7 Disember 2016, Citra Pengurusan Seni telah mengadakan satu pertandingan menyanyi sambil menari di antara pelajar yang mengambil khusus citra ini. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi masa selama sebulan untuk berlatih sebelum tibanya hari pertandingan tersebut.
Pada minggu kedua kumpulan saya telah berkumpul untuk membuat pemilihan tajuk lagu yang sesuai dan menarik. Setelah berbincang, kami telah memutuskan untuk memilih lagu Pudar yang dinyanyikan oleh Rossa. Pada minggu ketiga, barulah kami memulakan latihan tapi tanya untuk beberapa hari sahaja kerana ahli kumpulan kami agak sibuk dengan urusan masing-masing. Pada minggu seterusnya kami berlatih bersungguh sungguh.
Sesi latihan
Kami telah mendapat tempat ketiga daripada 10 kumpulan yang bertanding. Kami amat terkejut kerana tidk menyangka akan mendapat tempat dalam pertandingan ini, Ianya merupakan pengalama yang paling seronok dan saya juga dapat mempelajari satu tarian.
Saturday, 25 March 2017
KENDERAAN TANPA PEMANDU
Kenderaan tanpa pemandu
/ Autonomous Vehicle boleh ditafsirkan sebagai sebuah kenderaan yang mampu
bertindak balas terhadap persekitarannya dengan menggunakan pelbagai teknik
seperti radar, LIDAR, GPS dan odometri untuk pemanduan tanpa input manusia di
atas jalan raya. Secara teknikalnya, ciri-ciri pembinaan dan pematuhan standard
mandatory bagi kenderaan tersebut adalah sama seperti mana pematuhan oleh
kenderaan konvesional yang mempunyai pemandu.
Dalam aspek pendidikan pemanduan pula, pihak JPJ perlu
membangunkan modul khas bagi melatih dan meningkatkan kemahiran / kompetensi
pemanduan kenderaan tanpa pemandu tersebut. Disamping itu juga, pihak MOT perlu
mampu menyediakan jumlah peruntukan yang mencukupi bagi melaksanakan dasar
penggunaan kenderaan tanpa pemandu ini secara menyeluruh di Malaysia
terutamanya dari segi kemudahan pengujian, pembangunan sistem GPS dan fasiliti
di atas jalan raya.mPenggunaan kenderaan tanpa pemandu pada masa kini di
Malaysia adalah lebih focus kepada aktiviti penyelidikan dan kajian pasaran sahaja.
Pelbagai kesan positif dan
negative yang diperolehi kenderaan tanpa pemandu. Antara kesan positif ialah
manusia tidak memerlukan lessen memandu pada masa hadapan kerana kenderaan yang
dihasilkan tidak memerlukan pemandu, ianya amat memudahkan manusia kerana tidak
perlu membazir dit untuk membayar yuran pengambilan lesen. Selain itu, kita
hanya perlu menggunakan telefon pintar atau apa-apa alat peribadi untuk
memanggil kenderaan dan membawa ke mana-mana sahaja destinasi yang ingin
dituju. Seterusnya, kenderaan tanpa pemandu dihasilkan dengan ciri-ciri
keselamatan yang tinggi iaitu penumpang tidak akan mengalami kemalangan akibat
kecuaian memandu kereta dengan sendiri seperti mabuk dan melebihi had laju di
jalan raya. Selain itu, manusia tidak perlu membeli kenderaan tetapi hanya
memanggilnya apabila diperlukan. Akhir sekali, kenderaan tanpa pemandu yang
dihasilkan amat mesra alam dan mampu untuk mengurangkan pencemaran udara.
Manakala kesan negative yang
boleh kita dapati ialah peluang pekerjaan semakin berkurangan kerana kita sudah
tidak memerlukan tenaga manusia untuk memandu. Contohnya, pemandu lori yang
perlu memandu untuk jarak jauh sudah tidak diperluakn kerana sudah wujudnya
kenderaan tanpa pemandu. Selain itu, akan berlaku kesesakan lalu lintas.
Contohnya, seorang lelaki yang makan di kedai makan akan meninggalkan kereta
mereka sehingga mereka selesai makan. Kenderaan tersebut akan berjalan di
sekitar kawasan tersebut sehingga tuannya selesai makan. Seterusnya wujud
tekanan untuk membeli kereta kerana harga kenderaan semakin mahal dan tidak
semua golongan mampu untuk membeli kenderaan tanpa pemandu ini.
TALK BERSAMA USAHAWAN KHALID LAMBAK
Pada Khamis 23 Mac 2017, para pelajar Keusahawanan Dan Inovasi telah di jemput untuk mendengar talk daripada seorang usahawan terkenal iaitu Encik Khalid bin Lambak, pengurus kepada KNS Creative Sdn. Bhd. sebuah kedai perabot. Beliau berasal dari Melaka dan mempunyai beberapa cawangan di Melaka dan Selangor.
Encik Khalid telah menceritakan pengalaman beliau sejak dari awal beliau melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Pengalaman pertama beliau ialah servis printing dan ianya hampir berjaya namun beliau telah dianiaya oleh pembekal beliau sendiri sehingga beliau muflis. Seterusnya, beliau memulakan perkhidmatan landskap. Projek landskap beliau yang pertama ialah projek landskap di Putrajaya dan beliau merupakan kontraktor pertama yang melibatkan diri beliau dalam projek tersebut. Namun beliau gagal lagi sekali kerana pada waktu itu ekonomi negara Malaysia telah jatuh. Encik Khalid tetap tidak berputus asa dan beliau bangkit lagi sekali sehingga berjaya membuka KNS Creative Sdn Bhd dan bertahan selama 20 tahun.
Encik Khalid turut berkongsi tentang fasa kejatuhan beliau serta halangan dan cabaran yang dihadapi.
Antara cabarannya ialah beliau dikhianati oleh pembekal, pejabat dipecah masuk, staf membawa lari barang pejabat dan kilang beliau terbakar.
Sebelum fasa kejatuhan Encik Khalid, beliau telah membuat loan sebanyak RM3.8 juta daripada bank untuk memulakan projek beliau. RM1.2 juta beliau gunakan untuk membeli kilang dan beberapa buah mesin dari Jerman bernilai RM600,000 untuk sebuah. Apabila beliau muflis, beliau terpaksa menjual kilangnya dengan harga yang sangat murah iaitu RM600,000 separuh daripada harga asal. Sewaktu menandatangani perjanjian beliau menitiskan air mata kerana terlalu sedih dan mesin-mesin beliau turut dijual. Ketika jentera datang untuk mengambil mesin-mesin tersebut, beliau azan untuk menghilangkan rasa sedih beliau. Kesimpulannya, Encik Khalid menasihati kami untuk tidak memulakan perniagaan dengan membuat loan kerana ianya akan menjerat diri sendiri sewaktu susah. ini kerana loan yang beliau mlakan telah menjadi sebanyak RM5.5 juta.
Kisah Encik Khalid telah memberikan banyak input dan nasihat yang amat berguna kepada kami untuk menjadi usahawan yang berjaya. Saya mendoakan agar Encik Khalid semakin berjaya dalam perniagaan beliau.
THE ROSE AMONG THE THORNS
Date: 9th March 2017
Time: 2.30pm-4.30pm
Venue: Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti
Kebangsaan Malaysia
Report of Public Lecture ‘The
Rose amongst the Thorns’
The
talk was given by Cik Rozilawati Tan Sri Haji Basir originally from Johor Bahru
and a Managing Director of Nationwide Express.
There is no goals can be achieved if one’s business does not have a
vision. My vision for the Courier Service Industry towards the year 2030 is to
be one of the highest influential in the industries and provide outstanding
good services globally.The other vision that I want to achieve for my industry
is to provide a machine that operate 24 hours so that the customers can post or
take their parcel anytime.
The
improvement and innovations that I will make if I am the CEO of the Courier
Service Company are to diversify our products and services to maximize customer’s
pleasure. I will make sure that our company provide convenience service such as
our customers does not need to go to the post office to send their parcel.
Next, I will make sure that our company have the global’s benchmark that
accepted worldwide. Eco-friendly, recyclable and reusable is one of the
innovation that I want my company to achieve.Then , I will also make sure that
our service can provide fast delivery without delay so that the customer will
receive their parcel on time.
COLOUR RUN CHARITY
Pada 12 November 2016, bertempat di Kolej Ibu Zain (KIZ), telah berlangsungnya acara THE COLOUR RUN anjuran Kelab Sukan Kolej Ibu Zain. Saya telah turut serta dalam acara tersebut dengan bayaran sebanyak RM15. Dengan bayaran itu, sebanyak RM2 telah didermakan kepada rumah anak yatim. Selain itu, kami juga diberikan t-shirt percuma dan dibekalkan makanan. Penyertaan adalah terbuka kepada pelajar UKM dan orang awam.
Acara bermula pada pukul 8.00 pagi bertempat di Dataran Dewan Gemilang untuk majlis Perasmian dan sedikit Senam Robik untuk peserta sebelum memulakan larian. Peserta lelaki dan wanita dilepaskan untuk berlari pada pukul 8.45 pagi secara serentak. Sepanjang larian tersebut kami akan dilemparkan dengan tepung yang pelbagai warna seperti pink, merah, biru, oren, kuning, hijau dan purple. Jarak larian adalah sejauh 7km bermula di Dataran Dewan Gemilang dan berakhir di Dewan Kolej Ibu Zain. Bagi 10 pemenang terawal akan mendapat medal dan sijil manakal para perserta yang berjaya menghabiskan larian akan mendapat sijil penyertaan sahaja. Walaupun saya tidak memenangi larian tersebut saya amat gembira kerana dapat berjumpa dan meluangkan masa bersama rakan rakan baru. Tempat pertama telah dimenangi oleh Tengku Maradonna dan penutup bagi acara tersebut pengurus rumah anak yatim tersebut telah dipanggil bersama sama untuk penyerahan wang dan sesi bergambar.
Wednesday, 22 March 2017
PERJUMPAAN PELAJAR TAHUN SATU BERSAMA PIHAK PENTADBIRAN
Pada 22 Mac 2017, jam 1.30 petang bertempat di Dewan Anuar Mahmud (DAM) Fakulti Sains Teknologi telah berlangsungnya satu perjumpaan semua pelajar Tahun 1 dengan pihak pentadbiran untuk membincangkan tentang beberapa perubahan yang bakal dilakukan.
Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai program nilai diri graduan FEP. kami diberitahu bahawa sebanyak 70% daripada graduan UKM telah dijamin masa depannya. Oleh itu, pelbagai program untuk pelajar Tahun 1 bakal didedahkan untuk menjamin personaliti dimana para graduan mampu menjadi pemimpin, pemikiran kritis, berintegriti dan berkemahiran komunikasi. Selain itu, para pelajar diminta untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan dan memupuk semangat cinti terhadap masyarakat dan alam sekitar. Seterusnya, para pelajar diajar untuk bersikap profesionalisme iaitu dengan menjadi ahli dalam bidang, berpengetahuan tinggi, beretika, bertanggungjawab terhadap profesion. Aktiviti keusahawanan juga giat dijalankan agar para pelajar lebih berkeyakinan untuk menhadapi alam pekerjaan.
Selain itu, Pembangunan Digital CV bagi program pementoran UKM. Program ini adalah untuk membantu para pelajar dalam menyediakan resume untuk memohon pekerjaan. Kami telah diberitahu serba sedikit bagaimana untuk menggunakan Digital CV.
Akhir sekali, Sistem Integrasi Bakat, aktiviti dan resume pelajar (iSTAR).
Tuesday, 21 March 2017
KEMSIS 2016/2017
Pada Semester 1 sesi 2016/2017
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah mengadakan Program Kemsis buat pelajar
pelajar tahun satu yang ingin mencari pengalaman baru yang mencabar di samping
membina keyakinan diri, mental dan fizikal. Program ini telah dikendalikan oleh
Majlis Tertinggi Sekretariat Sukan bertempat di Bangi selama 3hari 2 malam iaitu
dari 21/10/2016 hingga 23/10/2016.
Para
pelajar mula bergerak ke lokasi pada pukul 4 iaitu selepas pelajar lelaki Solat
Jumaat. Setelah sampai para pelajar diberi masa meletakkan beg dan barang
mereka di bilik yang disediakan. Aktiviti yang disediakan pada Slot 1 ialah Di
Mana Awak Sayang iaitu akiviti membentuk peserta dalam kumpulan. Slot ke-2
ialah Dora Dori dan slot ke-3 ialah Negaraku Tercinta. Slot seterusnya
merupakan aktiviti yang agak mencabar antaranya jungle trekking, night walk (
solo drop ) dan explorace. Aktiviti yang paling memenatkan dan mencabar para
peserta ialah jungle trekking kerana struktur lokasi tersebut sangat menarik
dan sangat sesuai untuk menjalankan aktiviti yang adventure.
bendera kumpulan CICAK
aktiviti explorace bersama ahli kumpulan
aktiviti jungle trekking yang amat mencabar
KARSUFEP 2.0
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
telah mengadakan Karnival Sukan FEP (KARSUFEP) pada 4 Mac sehingga 7 Mac.
Pelbagai aktiviti yang menarik seperti futsal, senam sihat siswa siswi,
netball, bowling,mini funfair, badminton dan yang paling menarik ialah movie
night. Semua ahli jawatankuasa bertungkus lumus dan berganding bahu
bersama-sama untuk menjayakan program ini. Ahli-ahli jawatankuasa dipilih
melalui satu temuduga dan hanya yang menepati kriteria sahaja yang dipilih
untuk bersama sama menjalankan KARSUFEP 2.0 ini. Saya dan rakan saya AYuni
telah dipanggil untuk ke temuduga tersebut dan kami dipilih sebagai Ahli
Jawatankuasa Pendaftaran dan Tugas-Tugas Khas.
Ketua Program ialah Mokhtar
manakala Penolong Ketua Program ialah Nurul Hazwani. Semasa program ini dalam perancangan
ahli jawatankuasa penajaan diberi tugas untuk mencari dana demi menjayakan
karnival ini. Namun, dukacitanya kami kekurangan dana kerana tidak diterima.
Apa yang kami lakukan bersama-sama ialah kami menjual sosej pelbagai perisa
iaitu cheese, blackpepper, mushroom, honey and grill dan smoke dengan harga RM2
sebatang. Setiap post diberi tugas pada hari yang berlainan untuk menjual sosej
dari bilik ke bilik dan mengambil order dan membuat delivery. Hasilnya ssetelah
beberapa minggu menjual sosej kami telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM800.
Karnival SukanFEP ini telah mendapat sambutan
yang hangat bukan saja dari pelajar fakulti tersebut malah dari fakulti-fakulti
lain serta orang awam. Walaupun terasa penat kerana aktiviti berjalan selama 4
hari tetapi kami berasa gembira dan bertuah kerana dapat membantu serta belajar
cara untuk menganjurkan sebuah program dan mempelajari cara sebagai seorang
ketua yang mampu memberikan arahan yang baik.
Friday, 3 March 2017
BIODATA DIRI
Hai semua! Nama saya Nurul Asyiqin Binti Abdullah dan saya berumur 20 tahun. Saya berasal dari melaka dan sekarang melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang Ekonomi dan Pengurusan. Kalau kenal atau terjumpa tegur-tegur la yaa. Saya ada 5 adik beradik iaitu 4 org perempuan dan seorang lelaki. Saya anak sulung. makanan kegemaran saya ialah laksa, spageti, tomyam dan semua fast food.
okay sekarang saya nak cerita tentang kawan kawan yang saya rapat.. yang pertama, rakan saya di ukm ialah ayuni dan afiqah.
Yang ini Ayuni
Yang ini Afiqah
Kami berjalan -jalan di melaka
Ini paling special Atiqa.
Subscribe to:
Posts (Atom)