Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
telah mengadakan Karnival Sukan FEP (KARSUFEP) pada 4 Mac sehingga 7 Mac.
Pelbagai aktiviti yang menarik seperti futsal, senam sihat siswa siswi,
netball, bowling,mini funfair, badminton dan yang paling menarik ialah movie
night. Semua ahli jawatankuasa bertungkus lumus dan berganding bahu
bersama-sama untuk menjayakan program ini. Ahli-ahli jawatankuasa dipilih
melalui satu temuduga dan hanya yang menepati kriteria sahaja yang dipilih
untuk bersama sama menjalankan KARSUFEP 2.0 ini. Saya dan rakan saya AYuni
telah dipanggil untuk ke temuduga tersebut dan kami dipilih sebagai Ahli
Jawatankuasa Pendaftaran dan Tugas-Tugas Khas.
Ketua Program ialah Mokhtar
manakala Penolong Ketua Program ialah Nurul Hazwani. Semasa program ini dalam perancangan
ahli jawatankuasa penajaan diberi tugas untuk mencari dana demi menjayakan
karnival ini. Namun, dukacitanya kami kekurangan dana kerana tidak diterima.
Apa yang kami lakukan bersama-sama ialah kami menjual sosej pelbagai perisa
iaitu cheese, blackpepper, mushroom, honey and grill dan smoke dengan harga RM2
sebatang. Setiap post diberi tugas pada hari yang berlainan untuk menjual sosej
dari bilik ke bilik dan mengambil order dan membuat delivery. Hasilnya ssetelah
beberapa minggu menjual sosej kami telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM800.
Karnival SukanFEP ini telah mendapat sambutan
yang hangat bukan saja dari pelajar fakulti tersebut malah dari fakulti-fakulti
lain serta orang awam. Walaupun terasa penat kerana aktiviti berjalan selama 4
hari tetapi kami berasa gembira dan bertuah kerana dapat membantu serta belajar
cara untuk menganjurkan sebuah program dan mempelajari cara sebagai seorang
ketua yang mampu memberikan arahan yang baik.
No comments:
Post a Comment