Saturday, 25 March 2017

TALK BERSAMA USAHAWAN KHALID LAMBAK




Pada Khamis 23 Mac 2017, para pelajar Keusahawanan Dan Inovasi telah di jemput untuk mendengar talk daripada seorang usahawan terkenal iaitu Encik Khalid bin Lambak, pengurus kepada KNS Creative Sdn. Bhd. sebuah kedai perabot. Beliau berasal dari Melaka dan mempunyai beberapa cawangan di Melaka dan Selangor.

Encik Khalid telah menceritakan pengalaman beliau sejak dari awal beliau melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Pengalaman pertama beliau ialah servis printing dan ianya hampir berjaya namun beliau telah dianiaya oleh pembekal beliau sendiri sehingga beliau muflis. Seterusnya, beliau memulakan perkhidmatan landskap. Projek landskap beliau yang pertama ialah projek landskap di Putrajaya dan beliau merupakan kontraktor pertama yang melibatkan diri beliau dalam projek tersebut. Namun beliau gagal lagi sekali kerana pada waktu itu ekonomi negara Malaysia telah jatuh. Encik Khalid tetap tidak berputus asa dan beliau bangkit lagi sekali sehingga berjaya membuka KNS Creative Sdn Bhd dan bertahan selama 20 tahun.

Encik Khalid turut berkongsi tentang fasa kejatuhan beliau serta halangan dan cabaran yang dihadapi.
Antara cabarannya ialah beliau dikhianati oleh pembekal, pejabat dipecah masuk, staf membawa lari barang pejabat dan kilang beliau terbakar.

Sebelum fasa kejatuhan Encik Khalid, beliau telah membuat loan sebanyak RM3.8 juta daripada bank untuk memulakan projek beliau. RM1.2 juta beliau gunakan untuk membeli kilang dan beberapa buah mesin dari Jerman bernilai RM600,000 untuk sebuah. Apabila beliau muflis, beliau terpaksa menjual kilangnya dengan harga yang sangat murah iaitu RM600,000 separuh daripada harga asal. Sewaktu menandatangani perjanjian beliau menitiskan air mata kerana terlalu sedih dan mesin-mesin beliau turut dijual. Ketika jentera datang untuk mengambil mesin-mesin tersebut, beliau azan untuk menghilangkan rasa sedih beliau. Kesimpulannya, Encik Khalid menasihati kami untuk tidak memulakan perniagaan dengan membuat loan kerana ianya akan menjerat diri sendiri sewaktu susah. ini kerana loan yang beliau mlakan telah menjadi sebanyak RM5.5 juta.

Kisah Encik Khalid telah memberikan banyak input dan nasihat yang amat berguna kepada kami untuk menjadi usahawan yang berjaya. Saya mendoakan agar Encik Khalid semakin berjaya dalam perniagaan beliau.

No comments:

Post a Comment

Pink Bobblehead Bunny