Kenderaan tanpa pemandu
/ Autonomous Vehicle boleh ditafsirkan sebagai sebuah kenderaan yang mampu
bertindak balas terhadap persekitarannya dengan menggunakan pelbagai teknik
seperti radar, LIDAR, GPS dan odometri untuk pemanduan tanpa input manusia di
atas jalan raya. Secara teknikalnya, ciri-ciri pembinaan dan pematuhan standard
mandatory bagi kenderaan tersebut adalah sama seperti mana pematuhan oleh
kenderaan konvesional yang mempunyai pemandu.
Dalam aspek pendidikan pemanduan pula, pihak JPJ perlu
membangunkan modul khas bagi melatih dan meningkatkan kemahiran / kompetensi
pemanduan kenderaan tanpa pemandu tersebut. Disamping itu juga, pihak MOT perlu
mampu menyediakan jumlah peruntukan yang mencukupi bagi melaksanakan dasar
penggunaan kenderaan tanpa pemandu ini secara menyeluruh di Malaysia
terutamanya dari segi kemudahan pengujian, pembangunan sistem GPS dan fasiliti
di atas jalan raya.mPenggunaan kenderaan tanpa pemandu pada masa kini di
Malaysia adalah lebih focus kepada aktiviti penyelidikan dan kajian pasaran sahaja.
Pelbagai kesan positif dan
negative yang diperolehi kenderaan tanpa pemandu. Antara kesan positif ialah
manusia tidak memerlukan lessen memandu pada masa hadapan kerana kenderaan yang
dihasilkan tidak memerlukan pemandu, ianya amat memudahkan manusia kerana tidak
perlu membazir dit untuk membayar yuran pengambilan lesen. Selain itu, kita
hanya perlu menggunakan telefon pintar atau apa-apa alat peribadi untuk
memanggil kenderaan dan membawa ke mana-mana sahaja destinasi yang ingin
dituju. Seterusnya, kenderaan tanpa pemandu dihasilkan dengan ciri-ciri
keselamatan yang tinggi iaitu penumpang tidak akan mengalami kemalangan akibat
kecuaian memandu kereta dengan sendiri seperti mabuk dan melebihi had laju di
jalan raya. Selain itu, manusia tidak perlu membeli kenderaan tetapi hanya
memanggilnya apabila diperlukan. Akhir sekali, kenderaan tanpa pemandu yang
dihasilkan amat mesra alam dan mampu untuk mengurangkan pencemaran udara.
Manakala kesan negative yang
boleh kita dapati ialah peluang pekerjaan semakin berkurangan kerana kita sudah
tidak memerlukan tenaga manusia untuk memandu. Contohnya, pemandu lori yang
perlu memandu untuk jarak jauh sudah tidak diperluakn kerana sudah wujudnya
kenderaan tanpa pemandu. Selain itu, akan berlaku kesesakan lalu lintas.
Contohnya, seorang lelaki yang makan di kedai makan akan meninggalkan kereta
mereka sehingga mereka selesai makan. Kenderaan tersebut akan berjalan di
sekitar kawasan tersebut sehingga tuannya selesai makan. Seterusnya wujud
tekanan untuk membeli kereta kerana harga kenderaan semakin mahal dan tidak
semua golongan mampu untuk membeli kenderaan tanpa pemandu ini.
No comments:
Post a Comment