Wednesday, 22 March 2017

PERJUMPAAN PELAJAR TAHUN SATU BERSAMA PIHAK PENTADBIRAN





Pada 22 Mac 2017, jam 1.30 petang bertempat di Dewan Anuar Mahmud (DAM) Fakulti Sains Teknologi telah berlangsungnya satu perjumpaan semua pelajar Tahun 1 dengan pihak pentadbiran untuk membincangkan tentang beberapa perubahan yang bakal dilakukan.

Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai program nilai diri graduan FEP. kami diberitahu bahawa sebanyak 70% daripada graduan UKM telah dijamin masa depannya. Oleh itu, pelbagai program untuk pelajar Tahun 1 bakal didedahkan untuk menjamin personaliti dimana para graduan mampu menjadi pemimpin, pemikiran kritis, berintegriti dan berkemahiran komunikasi. Selain itu, para pelajar diminta untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan dan memupuk semangat cinti terhadap masyarakat dan alam sekitar. Seterusnya, para pelajar diajar untuk bersikap  profesionalisme iaitu dengan menjadi ahli dalam bidang, berpengetahuan tinggi, beretika, bertanggungjawab terhadap profesion. Aktiviti keusahawanan juga giat dijalankan agar para pelajar lebih berkeyakinan untuk menhadapi alam pekerjaan.

Selain itu, Pembangunan Digital CV bagi program pementoran UKM. Program ini adalah untuk membantu para pelajar dalam menyediakan resume untuk memohon pekerjaan. Kami telah diberitahu serba sedikit  bagaimana untuk menggunakan Digital CV. 

Akhir sekali, Sistem Integrasi Bakat, aktiviti dan resume pelajar (iSTAR).

No comments:

Post a Comment

Pink Bobblehead Bunny