Tuesday, 21 March 2017

KEMSIS 2016/2017

Pada Semester 1 sesi 2016/2017 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah mengadakan Program Kemsis buat pelajar pelajar tahun satu yang ingin mencari pengalaman baru yang mencabar di samping membina keyakinan diri, mental dan fizikal. Program ini telah dikendalikan oleh Majlis Tertinggi Sekretariat Sukan bertempat di Bangi selama 3hari 2 malam iaitu dari 21/10/2016 hingga 23/10/2016.

                Para pelajar mula bergerak ke lokasi pada pukul 4 iaitu selepas pelajar lelaki Solat Jumaat. Setelah sampai para pelajar diberi masa meletakkan beg dan barang mereka di bilik yang disediakan. Aktiviti yang disediakan pada Slot 1 ialah Di Mana Awak Sayang iaitu akiviti membentuk peserta dalam kumpulan. Slot ke-2 ialah Dora Dori dan slot ke-3 ialah Negaraku Tercinta. Slot seterusnya merupakan aktiviti yang agak mencabar antaranya jungle trekking, night walk ( solo drop ) dan explorace. Aktiviti yang paling memenatkan dan mencabar para peserta ialah jungle trekking kerana struktur lokasi tersebut sangat menarik dan sangat sesuai untuk menjalankan aktiviti yang adventure.
             
               bendera kumpulan CICAK

          Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik seperti wall climbing di air terjun, flying fox dan pelbagai lagi. Dukacitanya kami tidak melakukan aktiviti tersebut kerana ia tiada dalam tentative program kami. Saya berharap agar kemsis yang seterusnya akan dijalankan di lokasi yang sama dan pelbagai aktiviti yang lebih menarik.

 aktiviti explorace bersama ahli kumpulan

aktiviti jungle trekking yang amat mencabar

                Saya merupakan salah seorang peserta Kemsis dan komen saya bagi program ini adalah sangat bagus dan membina keyakinan kami para peserta serta kami dapat menambah lebih ramai kenalan.
saya bersama ahli kumpulan saya iaitu kumpulan CICAK


No comments:

Post a Comment

Pink Bobblehead Bunny