Thursday, 8 June 2017

APPRECIATION POST UNTUK PUAN ROHIZAH


Kelas Aplikasi Komputer set 4 ialah kelas yang paling best sekali bagi saya sebab lecturer kelas ni ialah Puan Rohizah. Puan sangat best dan saya suka cara puan mengajar kami. Puan terangkan dekat kami sampai kami faham.
 
Saya sangat berterima kasih dekat puan sebab ajar banyak benda tentang IT yang saya tidak tahu terutamanya belajar tentang excel dan access. sejak belajar kelas aplikasi komputer saya tahu untuk menggunakan microsoft words dengan lebih mudah. sebelum ini banyak perkara yang saya tidak tahu walaupun selalu guna microsoft words ni. hahaha. 

kelas yang paling seronok ialah kelas yang terakhir  sebelum kami balik cuti berpuasa. terima kasih sebab belanja kami makan nasi lemak, jajan dan air kotak. 

kesimpulannya, untuk adik-adik yang akan masuk ke ukm korang akan belajar aplikasi komputer. Join laa Kelas Puan Rohizah sebab kelas puan best. 

 Waktu pagi mendung selalu, 
Hujan renyai membasah bumi, 
Terima kasih Puan Rohizah
Kerna sudi ajarkan kami.

PENGALAMAN SEBAGAI ENUMERATOR

UKM Pakarunding telah melantik saya sebagai enumerator bagi Kajian Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.  Saya telah di lantik sebagai enumerator di kawasan melaka iaitu tempat tinggal saya di daerah Melaka Tengah. Para Enumerator dipilih mengikut kawasan tempat tinggal kami.

Tugas kami sebagai enumerator adalah sebagai pembanci data iaitu kami akan mencari orang yang sanggup menyumbang masa mereka untuk mengisi borang soal selidik. kod saya ialah enumerator 7 dan saya diberi tugas untuk mencari seramai 50 orang tempatan  dikalalangan melayu, cina, india dan bukan bumiputera serta 10 orang warga asing di Malaysia. selain itu, kami juga diberi tugas untuk mencari beberapa orang informer dalam kalangan guru, penjawat awam, penari kebangsaan dan seangkatan dengannya. Mereka yang setuju menjadi informer akan dipanggil dan ditanya mengenai beberapa isu di negara kita. 

kebaikan saya menjadi sebahagian daripada enumerator ini ialah saya dapat berhubung dengan ramai orang dan saya menjadi lebih yakin untuk berhadapan dengan orang lain di masa hadapan. 



UKM vs KMM

KMM is stand for Kolej Matrikulasi Melaka & UKM stand for Universiti Kebangsaan Malaysia. Yang mana lagi heaven? Matrik or U?? mari bersama merungkai rahsia di sebalik tabir. hehe.


::Matrik::
1. kalau bab belajar sangat tak serius especially time PDT. oh! heaven sangat dengan cuti yang banyak dan tanpa risau kes kena 'tendang' akibat pointer rendah pada sem1. memang bongok gile ah time matrik
2.bab makn memang tak payah cakap. sangat kuat makan. breakfast wajib milo/coklat + twiggies
3. time lab sempat skip jap kuar g beli makanan kat kafe coz kafe sebelah lab. hehe
4. masa PST belajar dah serius sikit sebab rumet aku sangat rajin dan pandai. maka, terpengaruh. Terima kasih rumet ( ros, bobot, ejat dan momo)
5. jangan pelik even satu bilik hanya 4 orang tapi bilik aku dan bilik depan bagai kan sebilik. tapi bukan semua ahli nya. hanya kami berlima walau di mana dan jua ketika. we are da KLIK 5.
6. Setiap petang wajib tido xkira lepas asar or tak. wajib okeh! di kala itu semua akan senyap sebab semua tido. hoho
7. berat badan pon semangat dan sangat 'bahagia' ye ketika itu even gastrik sentiasa menemaniku. haishh!

::UKM::
1. belajar menjadi satu perkara penting sebab saingan di sini sangat kuat dan mendorong aku utk berusaha lebih keras.
2. semakin menuju ke alam pekerjaan membuatkan aku lebih semangat mengejar cita2.
3. kawan2 semakin sengal dan seronok bersama mereka.
4. uppss! rumet? hanya ketika 1st year. kini ku di bilik single. lebih mudah dan bahagia menjadi blogger. dan InsyaAllah akan terus berada di bilik single tanpa gangguan dan boleh focus lebih utk belajar.
5. Alhamdulillah bersyukur dgn pointer yang dulu xpernah dapat. Terima Kasih Ya Allah.
6. bila nak kawen??oh, tak jumpe calon lagi. nak carikan ke? xpela. xpenting. hehe

7. berat badan berkurang atas sebab sangat busy dengan kerja dan jadual yang pack. 

POWTOON

PowToon is a company which sells cloud-based software (SaaS) for creating animated presentations and animated explainer videos.[1]
PowToon is Web-based animation software that allows users to create animated presentations by manipulating pre-created objects, imported images, provided music and user created voice-overs.[4] Powtoon uses an Apache Flex engine to generate an XML file that can be played in the Powtoon online viewer, exported to YouTube or downloaded as an MP4 file.[2]
PowToon is also available on the Google Chrome Store[5] and has an application on Edmodo.com.[6]

PowToon was founded in January 2012. The company released a beta version in August 2012 and has seen fast subscriber growth since.[2] In December 2012 PowToon secured $600,000 investment from LA based Venture Capital firm Startup Minds.[3] In February 2013 PowToon introduced a free account option allowing users to create animated videos that can be exported to YouTube. The free videos include the PowToon branding.

Dinner KKM Bollywood



     Kolej keris mas telah adakan dinner yang bertemakan bollywood. Jamuan makan tersebut telah diadakan di Dewan Canselori. pada 22/5/2017 dinner untuk pelajar junior manakala 23/5/2017 merupakan dinner untuk pelajar senior.
     
      Saya telah memilih untuk memakai punjabi sut serta beberapa perhiasan seperti perhiasan di kepala. majlis bermula pada pukul 9 mlm dan kami dipersempahkan beberapan tarian yang sangat menarik yang bertemakan bollywood. antara lagu lau yang dipersembahkan ialah jaiho, bole chundiyan, dhoom dan lain-lain. persembahan mereka sangat memukau.

      selain itu, aktiviti cabutan bertuah juga diadakan seperti cabutan bertuah untuk ahli kumpulan meja seramai 5 meja, cabutan bertuah untuk nom bertuah seramai 5 orang dan tidak lupa juga cabutan bertuah eksklusif yang memenangi talifon pintar berjenama huawei. Ianya dimenangi oleh pelajar lelaki.

     terdapat contest yang dianjurkan oleh pihak cafe iaitu contest mengupload gambar di instagram berserta caption yang menarik dan dimenangi oleh pelajar tahun 2 lelaki iaitu maulan. seterusnya, saat yang paling dinanti-nantikan oleh semua pelajar ialah prince and princess charming. pakaian mereka amat menarik dan sangat cantik.

UKM INSPIRASIKU

   

 Saya berminat untuk masuk ke UKM adalah atas pengalaman yang diceritakan oleh pensyarah pensyarah saya. selain itu, saya juga ada google mengenai UKM dan ianya lagi menyuntik semangat saya untuk belajar bersunguh-sungguh dan masuk ke UKM. Alhamdulillah kini saya telah semester 2 di UKM.

     Semasa minggu orientasi kami telah didedahkan dengan ramai bekas pelajar yang berjaya dan tidak kurang juga yang akan berjaya tidak lama lagi.

     Mengenai cara pembelajaran disini pada mulanya saya agak culture shock. alaa biase laa time tu sem 1 asyik leke je laa. Selain itu, kami juga diajar oleh pensyarah yang hebat hebat seperti kelulusan Phd dan Master.

      Saya ditempatkan di Kolej Keris Mas. Kolej ini bilangan pelajar lebih ramai berbanding kolej-kolej lain. Kolej saya agak lengkap peralatannya seperti pantry, mesin basuh, mesin air dan yang menariknya peralatan tersebut terdapat di aras 3 sahaja dan yang lebih menarik saya aras 3. heheehh

     tentang soal rakan pula, saya tidak mengenali ramai sangat pelajar berbanding di matrik dahulu. mungkin saya agak pemalu orangnya.

PENGALAMAN DI MATRIKULASI

      Saya merupakan pelajar aliran sains di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka. Setelah tamat pengajian di sekolah menengah saya memilih untuk menyambung pengajian di Matrikulasi Melaka sesi 2016/2017 dan mengambil aliran Perakaunan. Pada mulanya, saya fikir saya akan gagal, namun semangat dari pensyarah-pensyarah membuatkan saya terus bangkit.

      Matrikulasi Melaka terletak di kawasan kampung Londang, Masjid Tanah. Walaupun jauh dari bandar terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan. Matrik Melaka merupakan Matrik tertua. Saya akan kongsikan pelbagai pengalaman saya sepanjang di KMM.

      Okay yang pertama sekali ialah Roomates. Di KMM setiap pelajar di letakkan dalam satu bilik seramai 4 orang maksimun. Bilik saya ialah di Blok B 327. Antara roomates saya ialah Fatin, Nadzirah dan Husna. Husna merupakan sahabat saya di sekolah menengah. hahhahahahha. Saya pun terkejut macam mana boleh satu bilik. Bilik saya merupakan bilik yang paling meriah di aras kami. Kami rapat antara satu sama lain. kami selalu menyakat antara satu sama lain dan yang paling penting saya amat rindu untuk satu bilik dengan mereka lagi. Namun apakan daya, masing-masing telah menyambung pengajian di tempat berlainan.

     Selain itu, Kelas A3P2 yang tersayang. kelas ni memang ngam dan kelakar habes. Kelas kami seramai 19 orang tapi lelaki cuma 4 orang sahaja. hahahha tp lelaki tu sume awal awal je nampak baik alim. bile da kenal lawak giler.  

      eh lupa nak sebut nama nama ni.  Nurin, Bella, Aina, Fatehah, Safira. mereka laa yang paling saya rapat dan sayang lebih. hahha mesti kene bahan kalau dorang baca. 

     okaylah. sampai sini je saya coretkan. yang baik jadikan sempadan. tata 

Sunday, 28 May 2017

CYBER ETHICS

DEFINITION - Cyber ethics is the ethics applied to the online environment. The treatment of what is and is not cyber-ethical behavior may vary from place to place. Cyber ethics is a code of behavior for using the internet. One easy way to think about cyber ethics and to address the subjek with children is this: acceptable behavior on the internet is very much the same as acceptable behavior in everyday life.

DO - 1. Use the internet to help you do the assignment.
         2. Use the internet to learn about music, video and games.
         3. Communicate with family and friends.
         4. Encourage other people to use the internet for a good things.

DONT - 1. Don’t copy other people work and call it yours. Do credits to the auther or websites.
               2. Don’t use the internet to download or share copyrighted material.
               3. Don’t communicate with strangers and don’t pretend to be someone else.
               4. Don’t visit the prohibited websites.

PROPERTY -
1.  INTELLECTUAL PROPERTY RIGHT
The ever-increasing speed of the internet and the emergence of compression technology, such as mp3 opened the doors to Peer-to-peer file sharing, a technology that allowed users to anonymously transfer files to each other, previously seen on programs such as Napster or now seen through communications protocol such as BitTorrent. Much of this, however, was copyrighted music and illegal to transfer to other users. Whether it is ethical to transfer copyrighted media is another question.

2. DIGITAL RIGHT MANAGEMENT
With the introduction of digital rights management software, new issues are raised over whether the subverting of DRM is ethical. Some champion the hackers of DRM as defenders of users' rights, allowing the blind to make audio books of PDFs they receive, allowing people to burn music they have legitimately bought to CD or to transfer it to a new computer. Others see this as nothing but simply a violation of the rights of the intellectual property holders, opening the door to uncompensated use of copyrighted media.

PROGRAM COCA COLA KU

PROGRAM KOMUNITI USAHAWAN KPDNKK DAN COCA-COLA




            Program tersebut berlangsung pada 13 Mei, Sabtu bertempat di Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini merupakan anjuran pelajar citra Sukarelawan Sosial bersama pihak KPDNKK serta Coca-Cola kepada semua pelajar UKM serta orang awam yang berminat dalam perniagaan. Tiada bayaran yang dikenakan malah peserta disediakan sijil, makanan, goodies bag dan air minuman Coca-Cola secara percuma. Program berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
            
         Saya merupakan pelajar Citra Sukarelawan Sosial dan terlibat dalam urusetia bahagian tugas-tugas khas. Pelbagai pengalaman yang saya dapati seperti cara-cara untuk menganjurkan program dan saya dapat berkenalan dengan rakan baru. Selain itu, kami juga diberikan taklimat mengenai KPDNKK dan kemudian diteruskan dengan taklimat daripada pikak Coca-Cola mengenai bidang perniagaan. Kami diajar tentang bagaimana untuk memulakan perniagaan, lokasi perniagaan yang strategik dan sebagainya. Kami juga diberi peluang untuk mendaftarkan perniagaan secara percuma.
           
         Sekiranya saya seorang usahawan, saya akan menjalankan perniagaan yang dapat membantu masyarakat seperti membuka kedai serbaguna di kawasan pedalaman. Dengan ini, saya dapat membantu masyarakat tersebut untuk mendapatkan barang keperluan harian mereka. Selain itu, saya akan menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat yang menganggur dengan mengupah mereka bekerja di kedai saya. Seterusnya, 2% daripada keuntungan yang saya dapati akan saya sumbangkan ke kawasan tersebut dengan membangunkan sedikit demi sedikit kawasan tersebut.

         
         Melalui program ini, pelbagai ilmu dan input yang saya dapati dan akan saya manfaat di masa hadapan. Saya berharap agar pihak kolej dapat menganjurkan pelbagai lagi aktiviti yang menarik minat pelajar untuk memajukan diri di masa hadapan.

Saturday, 13 May 2017

Hubungan Malaysia dan China

            

           Hubungan antara Negara China dan  Malaysia sudah lama wujud  iaitu sebelum permulaan tahun masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117 sebelum Masihi). Semasa pemerintahan Sun Quan (222-252 Masihi), dua orang utusannya telah melawat Funan dan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah  Melayu dan mengadakan hubungan diplomatik dengan mereka.
            Hubungan Malaysia dan Negara China lebih merujuk kepada hubungan dua hala, tetapi terdapat juga banyak  masyarakat Cina di Malaysia menetapkan banyak kredit untuk Revolusi dan Perang Penentangan. Selepas kemerdakaan,  Malaya ketika itu enggan mengiktiraf  Republik Rakyat China. Setelah itu Malaya menjalinkan hubungan diplomatik dengan Republik China. Beijing berkuasa sebelum penubuhan hubungan diplomatik dengan Malaysia iaitu  pada 31 Mei 1974 dan mula menghantar duta besar yang istimewa dan mutlak ke Malaysia. Ini adalah hubungan diplomatik yang kedua dijalankan antara Negara-negara ASEAN  dan Republik Rakyat China.
            Sejak abad pertama, telah wujud jalam maritime antara China dan India. Ketika itu, Smenenajung Tanah Melayu dan Selat Melaka menjadi laluan dan tempat persinggahan mereka. Nama ‘Duyuan’ sebenarnya ialah Duyung di Terengganu. Banyak seramik Dinasti Qin (221 sebelum Masihi) dan Dinasti Han (206SM-220SM) Chiina ditemui di Lembah Sungai Johor. Ini adalah bukti jelas hubungan Malaysia dengan Cina sekitar abad pertama. Sejarawan K.G.Tregonning dalam bukunya Malaysian Historical Sources (Singapore, 1965, m2) dan The Encyclopedia Americana (Edisi:8, 1963, m.164) menyatakan Semenanjung Tanah Melayu merupakan persinggahan terbaik bagi perdagangan China-India .
            Pada abad ke-3, Empayar Wu (222-280) di China telah mengirim Shun Quan dan Zhu Ying ke Tantalam,Pu Luo zhong dan Wu Wen di sekitar lembah Johor. Pada abad ke 5 dan 7,Utusan empayar-empayar terletak di Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak pernah melawat China. Abad ke 7, Maharaja China Dinasti sui mengirim Chang Jun dan wang Jun ke Empayar Chi Tu di timur laut Semenanjung Tanah Melayu. Sebanyak 30 kapal Chi Tu sampai ke sana. Maharaja Chi Tu mengarahkan putera mahkotanya turut ke China sebagai kunjungan balas.
Menurut yang ditulis oleh Zhang Xie (1574-1640) Dinasti Ming menyatakan penduduk di Kelantan tidak memakai seramik melainkan anyaman buluh atau daun sebagai pinggan untuk makan. Rumah penduduk Johor pula telah menggunakan pinggan seramik yang diimport dari Dinasti Ming. Pada 1954, 33 seramik  China telah ditemui hasil keluaran Jiingdezhen. Bahan seramik (tanah liat) dari Sarawak dan Sabah digunakan dalam membuat seramik berwarna biru dan putih di Jingdezhen.
Hal  ini menunjukkan  hubungan antara Malaysia dan China telah terjalin sejak zaman dahulu lagi membuktikan lagi komunikasi antara Negara Malaysia dan China telah berlaku.
Hubungan diplomatik antara China dan Malaysia juga wujud semasa zaman pentadbiran empat  Perdana Menteri Malaysia iaitu semasa pentadiran Tun Abdul Razak, Tun Dr Mahathir Mohammad, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Semasa era Tun Abdul Razak iaitu pada bulan Mei 1971, Pengerusi PernasTengku Razaleigh Hamzah mengetuai rombongan perdagangan Malaysia menyertai Ekspo Perdagangan Guangzhou. Perdana Menteri ChinaZhou Enlai dan Naib Perdana Menteri, Li Xiannian telah mengadakan pertemuan dengan ahli rombongan Malaysia .Turut serta ialah Abdullah Majid.Republik Rakyat China mengutus rombongan pertama ke Malaysia pada bulan Ogos - 27 Ogos 1971. Ini menandakan China telah mengubah pendirian lamanya dan mengiktiraf kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat. Dalam perhimpungan agung PBB Oktober t1971, Malaysia menyokong pemulihan kerusi Republik Rakyat China di PBB. Pada 28 Mei - 2 Jun 1974, rombongan Perdana Menteri MalaysiaTun Abdul Razak berkunjung ke Beijingdan disambut oleh Zhou EnlaiPerdana Menteri Republik Rakyat China.Pengarusi Mao Zedong juga mengadakan pertemuan dengan Tun Abdul Razak. Zhou Enlai dan Tun Abdul Razak menandatangani Pengumuman Bersama Penjalinan Hubungan Diplomatik China-Malaysia pada 31 Mei 1974. Penggerak hubungan diplomatik itu ialah Tan Sri Michael Chen dan Abdullah Ahmad.Sejak itu, pemimpin China melawat Malaysia .Antaranya ialah Deng Xiao PingJiang ZeminLi PengZu Rongji dan Hua Jintao. Perdana Menteri Li Peng berkunjung semula ke Broga kerana semasa mudanya beliau pernah bekerja di Broga.Tun Abdul RazakTun Hussein Onn, Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi pernah melawat negara China. Tun Dr Mahathir melawat China sebanyak 7 kali.
Bagi Tun Dr Mahathir 'ancaman China' tidaklah sebesar mana berbanding ancaman dari Barat terutama kuasa unipolar Amerika Syarikat(The International Chinese Newsweekly Asian Weeks, 10-16 Mac 1999, p.25). Sesungguhnya China tidak bercita-cita menceroboh dan China cintakan damai. Malaysia dan China tidak gemar cara Barat mengwar-warkan hak asasi manusia untuk menekan negara lemah. China ditekan berikutan tragedi berdarah di Dataran Tiananmen.Perdana Menteri ChinaZhu Rongji menyatakan hubungan diplomatik 25 tahun Malaysia-China (1974-1999) cukup bermakna kerana keamanan di sebelah Asia Timur dan Asia Tenggara cukup terasa. Ucapan itu diberikan semasa kunjungan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, ke Beijing pada Ogos 1999. Dr Mahathir telah bergambar di Tembok Besar China bersama Lee Lam Thye dan lain-lain.Sejak 1985 terdapat 10 perjanjian persefahaman (MOU} dalam bidang ekonomipendidikanteknologi sains dan sukan.Sehingga Jun 1999 jumlah perdagangan China-Malaysia ialah 15 bilion ringgit (di antaranya nilai eksport Malaysia ke China lebih besar daripada nilai eksport China ke Malaysia).[5]
Pada 16 September 2003, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadiri Forum perniagaan Malaysia-China. Abdullah menyatakan kejayaan China bukanlah cabaran bagi Malaysia. Hubungan dua negara saling lengkap-melengkapi. Lawatan Abdullah ke China pada 31 Mei 2004, sebanyak 28 memorandum persefahaman (MOU) telah ditandatangani. Ia termasuk bidang pertanian, penerbangan, perkapalan, tenaga, kewangan, buruh, sains dan teknologi, angkasa lepas, kebudayaan, pendidikan dan kesihatan umum.
Yang terakhir semasa era Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau pernah melawat China sebanyak dua kali ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri. Pada 3 Jun 2009, rombongan Perdana Menteri Malaysia itu bertemu dengan Presiden China Hu Jintao dan Perdana Menteri China Wen Jiabao. Beliau menerima anugerah Ijazah Doktor Kehormat Hubungan Antarabangsa daripada Beijing Foreign Studies University (BFSU) sebagai lambang keakraban hubungan atau persahabatan antara Malaysia dan China. Kira-kira 60 penuntut dari negara China di BFSU yang mempelajari Bahasa Melayu dan 36 pelajar Malaysia yang mempelajari Bahasa Mandarin di BFSU. 40 penuntut Kajian Melayu BFSU menyanyikan lagu "Jalur Gemilang" dan pelajar Malaysia di BFSU menyanyikan lagu "Beijing Hwanying Nie" atau "Beijing Mengalu-alukan Kedatangan Mu".Anak bongsu Najib mempelajari Bahasa Mandarin di Georgetown University di Washington DC.Rombongan 35 anggota disertai oleh Datin Seri Rosmah Mansor, dan bondanya, Tun Rahah Mohammad Noah. Turut hadir ialah Prof Hao Ping, Timbalan Menteri Pendidikan China merangkap Presiden BFSU.Puan Gu Xiu Lian, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap bagi Kongres Rakyat Kebangsaan ke-10 dan Presiden Persatuan China-Asean, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Luar Datuk Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon serta pemimpin perniagaan dan usahawan-usahawan Malaysia.

Saturday, 22 April 2017

KARNIVAL SK JALAN ENAM

   

       Pada 8 dan 9 April 2017, citra Komunikasi Perundingan telah menghamtar beberapa sukarelawan untuk membantu guru-guru di Sekolah Kebangsaan Jalan Enam untuk menjayakan sebuah karnival sempena Hari Kantin sekolah tersebut.    
     
        Saya dan rakan-rakan saya seramai 15 orang telah membantu pada 9 April iaitu pada hari Ahad. Pelajar-pelajar UKM membantu guru-guru di gerai mereka. Karnival ini bermula pada pukul 8 pagi dengan membantu guru-guru membuka gerai dan menyiapkan keperluan semasa karnival berjalan. Antara gerai yang dibuka ialah gerai pakaian dan makanan seperti nasi lemak, makanan barat, berger, dan makanan ringan. seterusnya, pada jam 9 pagi, tetamu telah ramai yang hadir dan pertandingan bakat antara murid-murid dimulaka. Terdapat pelbagai bakat yang dapat kami lihat antaranya nyanyian, tarian, lakonan dan sebagainy. 
         
           Selain itu, terdapat juga permainan yang disediakan untuk kanak-kanak seperti archerry, kolam, belon, mewarna dan yang paling seronok serta mencabar ialah flying fox dan absailing. Saya juga telah mencuba aktiviti flying fox dan ianya merupakan pengalaman yang paling seronok. 
     
            Karnival tamat pada pukul 4 petang, kami pon beransur pulang ke kolej setelah keletihan membantu guru-guru dan bermain permainan yang disediakan. walaupun sekejap iamya merupakan pengalaman yang sangat berguna kepada kami semua sebagai sukarelawan dalam menjayakan karnival ini. Kami berharap kami dapat membantu lagi dalam program-program yang seterusnya.




SEX REASSIGNMENT SURGERY

        Sex reassignment surgery or SRS is the surgical procedure by which a transgender person's physical appearance and function of their existing sexual characteristics are altered to resemble that socially associated with their identified gender. It is part of a treatment for gender dysphoria in transgender people. In Berlin in 1931, Dora Richter, became the first known transgender woman to undergo the vaginoplasty surgical approach. On 12 June 2003, the European Court of Human Rights ruled in favor of Van Kück, a German trans woman whose insurance company denied her reimbursement for sex reassignment surgery as well as hormone replacement therapy. The legal arguments related to the Article 6 and 8 of the European Convention on Human Rights. This affair is referred to as Van Kück vs Germany, The Case Van Kück vs. Germany, June 12 2003. In this essay, three main parts regarding the Sex Reassignment Surgery will be discussed method, process and effect.
         The first main point is method or procedure that will be going through by the candidates to perform sex reassignment surgery. The procedure has very high rates of success when it is performed by responsible and experienced surgeons. Most surgeons follow the World Professional Association for Transgender Health (WPATH) standard of care. To be allowed to get SRS you will have to meet many requirements. Most surgeons require two letters of recommendation for surgery from either psychiatrists, therapists or psychologists recognized in the field of gender identity. These letters must state that the individual is an appropriate candidate for SRS.  People with HIV or hepatitis C may have difficulty finding a surgeon able to perform successful surgery. Many surgeons operate in small private clinics that cannot treat potential complications in these populations. Some surgeons charge higher fees for HIV and hepatitis C-positive patients.  Surgeons may require overweight patients to reduce their weight before surgery. Since you will lose blood, patients may be asked to donate two units of their own blood, just in case. An interview or consultation is given where you will be fully informed of the procedures involved in surgery and the implications of its irreversible nature. You will sign a written consent for sex reassignment surgery.
The second main point is the process of sex reassignment surgery on male-to-female surgery and female-to-male surgery. The common technique for creating a vagina is the penile inversion technique. Converting male anatomy to female anatomy requires removing the penis, reshaping genital tissue to appear more female and constructing a vagina. Surgery begins with the patient on her back, with their legs spread wide for good surgical access. An incision is made into the scrotum, and the flap of skin is pulled back. The testes are removed. After the testicles are removed, the surgeon needs to remove the parts of the penis that aren’t needed. A shorter urethra is cut. The penis is removed, and the excess skin is used to create the labia and vagina. Next, isolation of the nerve and vessel bundle and glans. Next, the urethra needs to be separated from the penile shaft. It is located inside the shaft, and once treed, it is shortened and positioned like it would be in female. Then, the corpus cavernosum, or evectile tissue of the penis need to be removed. After that, the creation and placement if the clitoris to maintain its attachment to its nerve and blood supply. Lastly, inversion of the penis skin by flipping the penis skin inside out, so that the external skin become the internal lining of vagina. The end of the tube is sewn shut, then a stents is used to reverse the skin tube.
              Female-to-male surgery procedure typically occurs in stages. During double Mastectomy, both breast need to surgically altered if they are to look less feminine. This process involves removing breast tissue and excess skin, reducing and properly positioning the nipples and areolae. Androgen (male hormones) will stimulate the development of facial and chest hair, also cause voice to deepen. Next, the uterus and the fallopian tubes are also removed and the next stages are genital transformation procedure. The urethra is rerouted to allow urination through the phallas. The Labia Majora will form the scrotum. During a scrotoplasty, synthetic testicles are implanted. A radial forearm flap, or an alternative portion of skin is used for penile reconstruction. Finally, hormones alter the amount of testosterone in a person’s body.
          There are several pros and cons effect that candidates will through after the Sex Reassignment Surgery (SRS).Firstly , the effect show in sexual satisfaction .Before perform the surgery , the candidates don’t want to make any sexual activities because of the unwanted sex organs . According to De Cuypere (2005) , the majority of the transsexual individuals have reported enjoying better sex lives and improved sexual satisfaction after sex reassignment surgery . After sex reassignment surgery, transsexuals tend to be less gender dysphoria .They also normally function well both socially and psychologically. Anxiety, depression and hostility levels were lower after sex reassignment surgery according to YOLANDA L.S. SMITH (2001) . Gender dysphoria or can be called as gender identity disorder (GID)  is the assigned sex and gender do not match the person's gender identity, and the person is transgender. Based on Islam religion , we can’t change our gender because it means that we do not accept the destiny determined by God . The next effect can be seen in term of psychological or  behavioral  that person . According to Jokić-Begić N (2014) , many patients perceive the outcome of the surgery as not only medically but also psychologically important. Social support can help them to relate to their minority identity, ascertain their trans identity and reduce minority stress. This show that psychological support is very important for the patients after the sexual reassignment surgery  because to helps them feel accepted and confident with the outcome of the surgery  . If the patients don’t get moral support from other , it will make the patients feel regret after the surgery and will it would be more harmful to the patient's condition . This evidence show us that there are have pros dan cons effect after the surgery that will effect the patient’s life .
          In conclusion,the three main parts method, process of surgery and effects were discussed regarding the gender reassignment surgery. The challenges that facing by the transgender community is lack of protection, poverty, harassment and stigma. So we should have some humanity to help them and give courage for them to facing the society.  


LAPORAN SEMINAR PENINGKATAN EKONOMI MELALUI BIDANG KEUSAHAWANAN


Pada 26 Mac 2017, Kolej Keris Mas telah mengadakan Program Seminar Peningkatan Sosioekonomi melalui bidang keusahawan. Program tersebut bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang di Bilik Konvensyen Kolej Keris Mas. Penyertaan tebuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mempelajari mengenai bidang keusahawanan dengan lebih meluas tanpa bayaran dikenakan.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengacara Majlis dan bacaan doa bagi memuliakan majlis yang berlangsung. Kemudian kami mendengar ucapan alu-aluan daripada YBhg. Prof Madya Sr. Dr. Norngainy Mohd Tawiil iaitu Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS (CESMED-UKM). Dalam slot ini, kami mendapat beberapa informasi mengenai kolaborasi CESMED dan UKM. Ianya telah ditubuhkan pada 2010 untuk membantu usahawan dalam kalangan pelajar dari pelbagai fakulti dan semua orang awam yang berminat dalam keusahawanan tetapi tidak tahu bagaimana hendak menceburan diri dalam bidang tersebut. YBhg. Prof Madya Sr. Dr. Norngainy Mohd Tawil merupakan bekas pelajar UKM dari Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina. Beliau lahir di Johor dan membesar di Kuala Lumpur. UKM-CESMED bernaung di bawah timbalan hal ehwal akademik dan telah meletakkan UKM dinama Teratas dalam melahirkan usahawan. Selain itu, tunas usahawan bumiputera telah dibangunkan oleh UKM. Tujuannya adalah untuk melatih pelajar melalui bisness pitching dengan industry. Penyampaian cenderamata teah diberikan kepada beliau selepas tamat taklimat yang diberikan. Kemudian para pelajar diberi masa untuk bersarapan sebelum menyambung slot yang seterusnya.

Slot kedua pula taklimat daripada YBhg. Dato Md Salleh Mat Ali iaitu merupakan Perunding Latihan, Kluster, Kesuarelaan dan Keusahawanan Sosial (Institut Sosial Malaysia). Matlamat ISM bersama UKM adalah memperkasakan pengamal sosial dan membentuk satu modal insan yang terbaik. Antara kemudahan yang disediakan kepada mereka yang menyertai pusat latihan kecermelangan adalah tempat penginapan dimana setiap bilik mempunyai 4 orang. Pusat latihan kecemerlangan ISM adalah khusus kepada mereka yang membuat kajian kesukarelawanan, keusahawanan dan lain-lain. Khusus tersebut adalah terbuka kepada semua orang awam serta para pelajar.

Slot ketiga, taklimat daripada En. Khairul Azhan bin Ahmat iaitu Ketua Jabatan Pembangunan Insan dan Ekonomi ( Lembaga Zakat Selangor). Kami telah didedahkan dengan biasiswa yang diberi oleh Lembaga Zakkat Selangor kepada pelajar dan cara memohonnya. Beliau juga menceritakan sedikit pengalamam beliau sepanjang memegang jawatan tersebut.

Slot-slot seterusnya ialah sedikit perkongsian mengenai bidang keusahawan daripada En. Muhammad Zulfika Md Azmi (Pengarah Urusan Masz Oriherbs Enterprise), En. Mohammad Azhan bin Zakaria (Pengarah Urusan Mentic Sdn Bhd), En. Mohd Sabri bin Leman (Pengarah Urusan MS Gigih Enterprise) dan akhir sekali Puan Fazlinah Arib (Perunding Imej HF Image Training & Consultancy).


Setelah tamat program seminar tersebut, para pelajar diberi makanan tengah hari dan bersurai. Walaupun sekejap, ilmu dan maklumat yang kami dapat amat bernilai dan berguna di masa hadapan.  

Friday, 31 March 2017

MINI PUBLIC LECTURE





Pelajar Keusahawanan Dan Inovasi telah menghadiri satu talimat bersama Encik Mohammad Yusro bin Zainuddin bekerja di Ministry Of Finance Malaysian sebagai Diplomatic and Administrative Officer. Beliau berumur 32 tahun dan telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki dan seorang lagi bakal lahir pada bulan April ini. Beliau seorang yang berlatar belakangkan ekonomi dan pernah menjadi tenaga pensyarah iaitu sebagai pembantu pensyarah untuk mengajar dalam subjek mikroekonomi dan makroeknomi.

 Kedatangan beliau ke UKM kali ini adalah untuk berkongsi pengalaman bekerja beliau dalam bidang ekonomi di sektor kerajaan. pelbagai info-info baru yang sangat membantu yang kami dapat daripada beliau.

 Beliau juga seorang yang sangat sporting. beliau turut bercerita mengenai zaman belajar di sekolah menengah. Beliau merupakan bekas pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD).

BICARA PERDANA NAIB CANSELORI 2017





Pada 30 Mac 2017, kami telah menghadiri satu program Bicara Perdana VC bersama naib canselori iaitu Prof Datuk Dr Noor Azlan, bertempat di Dewan Canselori Tun Abdul Razak.

Beliau bercakap mengenai dinamik perubahan dimana kita hendaklah sentiasa menggalakkan perubahan, berusaha untuk maju dan sentiasa menerima perubahan. Selain itu, kita hendaklah mencabar kelaziman dalam pelbagai cara untuk sebarang perubahan. Selagi ada perasaan takut dalam diri, perubahan tidak akan wujud. Seterusnya, kita hendaklah berani berhadapan dengan masyarakat yang terlalu memilih.

Beliau juga telah menjemput seorang lelaki yang pernah menderma kepada UKM sewaktu beliau berumur 12 tahun. Beliau telah menderma sebanyak RM1 untuk menubuhkan UKM. Jadi Prof Datuk Dr Noor Azlan telah menjemput beliau dan berkongsi mengapa beliau hendak menderma kepada UKM.

Pelbagai lagi kata-kata semangat yang kami terima daripada Naib Canselori kami untuk memajukan diri kami kearah yang lebih baik.


Wednesday, 29 March 2017

PERTANDINGAN PERSEMBAHAN SENI

Selepas pertandingan

Pada 7 Disember 2016, Citra Pengurusan Seni telah mengadakan satu pertandingan menyanyi sambil menari di antara pelajar yang mengambil khusus citra ini. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi masa selama sebulan untuk berlatih sebelum tibanya hari pertandingan tersebut.

Pada minggu kedua kumpulan saya telah berkumpul untuk membuat pemilihan tajuk lagu yang sesuai dan menarik. Setelah berbincang, kami telah memutuskan untuk memilih lagu Pudar yang dinyanyikan oleh Rossa. Pada minggu ketiga, barulah kami memulakan latihan tapi tanya untuk beberapa hari sahaja kerana ahli kumpulan kami agak sibuk dengan urusan masing-masing. Pada minggu seterusnya kami berlatih bersungguh sungguh.

Sesi latihan 

Pertandingan tersebut berlangsung selama 2 hari bermula dari 6 Disember hingga 7 Disember. Kumpulan saya bertangding pada 7 Disember. Pelbagai bakat yang kami dapat lihat daripada para pelajar sepanjang pertandingan tersebut.

Kami telah mendapat tempat ketiga daripada 10 kumpulan yang bertanding. Kami amat terkejut kerana tidk menyangka akan mendapat tempat dalam pertandingan ini, Ianya merupakan pengalama yang paling seronok dan saya juga dapat mempelajari satu tarian.



Saturday, 25 March 2017

KENDERAAN TANPA PEMANDU



Kenderaan tanpa pemandu / Autonomous Vehicle boleh ditafsirkan sebagai sebuah kenderaan yang mampu bertindak balas terhadap persekitarannya dengan menggunakan pelbagai teknik seperti radar, LIDAR, GPS dan odometri untuk pemanduan tanpa input manusia di atas jalan raya. Secara teknikalnya, ciri-ciri pembinaan dan pematuhan standard mandatory bagi kenderaan tersebut adalah sama seperti mana pematuhan oleh kenderaan konvesional yang mempunyai pemandu.


Dalam aspek pendidikan pemanduan pula, pihak JPJ perlu membangunkan modul khas bagi melatih dan meningkatkan kemahiran / kompetensi pemanduan kenderaan tanpa pemandu tersebut. Disamping itu juga, pihak MOT perlu mampu menyediakan jumlah peruntukan yang mencukupi bagi melaksanakan dasar penggunaan kenderaan tanpa pemandu ini secara menyeluruh di Malaysia terutamanya dari segi kemudahan pengujian, pembangunan sistem GPS dan fasiliti di atas jalan raya.mPenggunaan kenderaan tanpa pemandu pada masa kini di Malaysia adalah lebih focus kepada aktiviti penyelidikan dan kajian pasaran sahaja.



Pelbagai kesan positif dan negative yang diperolehi kenderaan tanpa pemandu. Antara kesan positif ialah manusia tidak memerlukan lessen memandu pada masa hadapan kerana kenderaan yang dihasilkan tidak memerlukan pemandu, ianya amat memudahkan manusia kerana tidak perlu membazir dit untuk membayar yuran pengambilan lesen. Selain itu, kita hanya perlu menggunakan telefon pintar atau apa-apa alat peribadi untuk memanggil kenderaan dan membawa ke mana-mana sahaja destinasi yang ingin dituju. Seterusnya, kenderaan tanpa pemandu dihasilkan dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi iaitu penumpang tidak akan mengalami kemalangan akibat kecuaian memandu kereta dengan sendiri seperti mabuk dan melebihi had laju di jalan raya. Selain itu, manusia tidak perlu membeli kenderaan tetapi hanya memanggilnya apabila diperlukan. Akhir sekali, kenderaan tanpa pemandu yang dihasilkan amat mesra alam dan mampu untuk mengurangkan pencemaran udara.

Manakala kesan negative yang boleh kita dapati ialah peluang pekerjaan semakin berkurangan kerana kita sudah tidak memerlukan tenaga manusia untuk memandu. Contohnya, pemandu lori yang perlu memandu untuk jarak jauh sudah tidak diperluakn kerana sudah wujudnya kenderaan tanpa pemandu. Selain itu, akan berlaku kesesakan lalu lintas. Contohnya, seorang lelaki yang makan di kedai makan akan meninggalkan kereta mereka sehingga mereka selesai makan. Kenderaan tersebut akan berjalan di sekitar kawasan tersebut sehingga tuannya selesai makan. Seterusnya wujud tekanan untuk membeli kereta kerana harga kenderaan semakin mahal dan tidak semua golongan mampu untuk membeli kenderaan tanpa pemandu ini.


TALK BERSAMA USAHAWAN KHALID LAMBAK




Pada Khamis 23 Mac 2017, para pelajar Keusahawanan Dan Inovasi telah di jemput untuk mendengar talk daripada seorang usahawan terkenal iaitu Encik Khalid bin Lambak, pengurus kepada KNS Creative Sdn. Bhd. sebuah kedai perabot. Beliau berasal dari Melaka dan mempunyai beberapa cawangan di Melaka dan Selangor.

Encik Khalid telah menceritakan pengalaman beliau sejak dari awal beliau melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Pengalaman pertama beliau ialah servis printing dan ianya hampir berjaya namun beliau telah dianiaya oleh pembekal beliau sendiri sehingga beliau muflis. Seterusnya, beliau memulakan perkhidmatan landskap. Projek landskap beliau yang pertama ialah projek landskap di Putrajaya dan beliau merupakan kontraktor pertama yang melibatkan diri beliau dalam projek tersebut. Namun beliau gagal lagi sekali kerana pada waktu itu ekonomi negara Malaysia telah jatuh. Encik Khalid tetap tidak berputus asa dan beliau bangkit lagi sekali sehingga berjaya membuka KNS Creative Sdn Bhd dan bertahan selama 20 tahun.

Encik Khalid turut berkongsi tentang fasa kejatuhan beliau serta halangan dan cabaran yang dihadapi.
Antara cabarannya ialah beliau dikhianati oleh pembekal, pejabat dipecah masuk, staf membawa lari barang pejabat dan kilang beliau terbakar.

Sebelum fasa kejatuhan Encik Khalid, beliau telah membuat loan sebanyak RM3.8 juta daripada bank untuk memulakan projek beliau. RM1.2 juta beliau gunakan untuk membeli kilang dan beberapa buah mesin dari Jerman bernilai RM600,000 untuk sebuah. Apabila beliau muflis, beliau terpaksa menjual kilangnya dengan harga yang sangat murah iaitu RM600,000 separuh daripada harga asal. Sewaktu menandatangani perjanjian beliau menitiskan air mata kerana terlalu sedih dan mesin-mesin beliau turut dijual. Ketika jentera datang untuk mengambil mesin-mesin tersebut, beliau azan untuk menghilangkan rasa sedih beliau. Kesimpulannya, Encik Khalid menasihati kami untuk tidak memulakan perniagaan dengan membuat loan kerana ianya akan menjerat diri sendiri sewaktu susah. ini kerana loan yang beliau mlakan telah menjadi sebanyak RM5.5 juta.

Kisah Encik Khalid telah memberikan banyak input dan nasihat yang amat berguna kepada kami untuk menjadi usahawan yang berjaya. Saya mendoakan agar Encik Khalid semakin berjaya dalam perniagaan beliau.
Pink Bobblehead Bunny